11 Februari 2017 - 18:43
Penyokong Muqtada al-Sadr Bertembung Dengan Pihak Polis Iraq

Pihak Polis Iraq dilaporkan telah bertembung dengan sekumpulan penyokong kepada ulama berpengaruh di negara itu yang mengadakan tunjuk perasaan di ibu kota negara itu, Baghdad.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak Polis Iraq dilaporkan telah bertembung dengan sekumpulan penyokong kepada ulama berpengaruh di negara itu yang mengadakan tunjuk perasaan di ibu kota negara itu, Baghdad.

Pihak polis pada hari Sabtu telah menembak peluru pemedih mata ke arah sekumpulan penyokong Muqtada al-Sadr yang dilaporkan sedang menghampiri 'kawasan hijau' di Baghdad. Kawasan yang dikawal ketat itu menempatkan sejumlah bangunan penting kerajaan dan kedutaan-kedutaan asing. Perkara itu dilaporkan oleh rangkaian TV berbahasa Arab, al-Sumaria.

Protes yang bermula dengan aman itu bertukar menjadi ganas apabila sebahagian daripada para peserta cuba untuk melepasi kon keselamatan yang diletakkan di jalan masuk utama ke kawasan hijau tersebut.

"Para penunjuk perasaan cuba untuk menyeberangi jambatan Jumhuriya, pihak keselamatan menembak peluru pemedih mata ke arah mereka. Akan tetapi mereka tetap berkeras," kata seorang pegawai kanan.

Seorang lagi pegawai polis mengatakan bahawa 11 orang peunujuk perasaan mengalami kecederaan berikutan terkena peluru getah dan juga kanister pemedih mata. Akan tetapi, dia menambah dengan mengatakan bahawa kecederaan yang mereka alami itu tidak serius.

Para penunjuk perasaan menuntut kerajaan untuk mengubah peraturan pilihan raya sedia ada. Menurut mereka, undang-undang sedia ada dibuat untuk memihak kepada parti utama Iraq yang terlibat di dalam amalan nepotisme dan penyalahgunaan kuasa.

/315